top of page

Ejen Tune Talk Pun Tak Cerita Se'detail' ini. Ini Penjelasan Ikhlas Pemuda ini

Updated: Jun 7, 2020



Mungkin ada yang tak berapa gemar perkongsian sebegini, tetapi itulah saya. Saya perlu kongsikan dengan anda semua.

KATA ALUAN


Hai, waqjaisan disini. Selamat datang ke laman sesawang waq. Ini adalah perkongsian pertama waq berkenaan produk dan servis yang waq gunakan.


Ianya indah mengenang kembali zaman blogspot berhingus dahulu dengan kandungan tidak tentu hala, baca balik pun rasa janggal. Mutakhir ini semangat kembali membara untuk membuat kandungan.


Oh sudahlah mari kita ke tujuan asal.


PENDAHULUAN


Untuk post pertama, waq memilih untuk berkongsi berkenaan Tune Talk yang waq gunakan sekarang.


Kerana, semua orang memiliki talian telefon dengan data bukan? Sehingga saat ini, terdapat seramai 4.78 Billion orang menggunakan telefon (smart dan feature phone) bersamaan 61.51% penduduk bumi.


Tercerita statistik pula. Maaf.


Sebab itulah, kerana item ini sudah menjadi keperluan, maka tanggungjawap waq untuk berkongsi pengalaman waq.


RANGKUMAN


Pengalaman waq menggunakan Tune Talk sepanjang 6 bulan ini, waq telah berjaya menjimatkan separuh daripada kos tetap bulanan bil Celcom waq yang berjumlah sekitar RM95 kepada hanya RM48 sekarang.



Beralih daripada Celcom Postpaid Gold 80, sekarang Tune Talk Prepaid. Biar betul? Ya betul tuan puan saudara saudari sekalian.


Dengan manfaat kegunaan data yang sama malah sebenarnya lebih banyak, ianya adalah pertukaran nilai yang bagus. Kenapa?


1) Panggilan tanpa had ke semua nombor kecuali talian 1-300-xxx-xxx. 1-300 tolak kredit ya.


2) Data tanpa had untuk Aplikasi Chat, Social Media dan Music. Sebenarnya kuota adalah 2000GB, akan tetapi Tune Talk isytihar tanpa had, mungkin menganggap Jarvis sahaja yang akan guna sebanyak itu untuk sebulan, bukan manusia normal. Maka jika habis 2000GB ni, anda memang rer.


3) 10GB untuk Data Kelajuan Tinggi. Ini untuk kegunaan biasa seperti carian google, emel, jobstreet, main PUBG atau ML, tempah grab, foodpanda, atau yang bukan-bukan. Kalau tak cukup, tambah nilai sahaja RM10 untuk dapatkan 20GB. Baru RM58 jadinya.


4) 60GB untuk Video (Youtube, Netflix dan Tonton) - Di hadkan 2GB setiap hari selama 30hari. Pengiraan ringkas 2GB x 30 hari bersamaan 60GB. Had kualiti video pula, bukan 144p malah bukan juga 360p tetapi 480p. Cukup bagus gambar dan suara jelas. Jika alpa dan menggunakan lebih daripada 2GB sehari, sistem akan tolak daripada 10GB Data Kelajuan Tinggi.


5) Yang uniknya setiap topup anda akan dapat BigPoint Air Asia serta Khairat kematian RM1200. Nilai tambah untuk pengguna.


6) Tune Talk Prepaid tiada kontrak.


KELAJUAN


Jiwa kelajuan Tune Talk ini adalah sehingga 150Mbps (mengikut kawasan) untuk keseluruhan 2000GB + 10GB + 60GB. Untuk hotspot ke peranti lain juga boleh tiada cas tambahan. Ini menakjubkan kerana kebanyakan prepaid lain, asal hotspot sahaja kena cas, asal tanpa had sahaja mesti ada capped kelajuan. Fedup iolls.


Ini ujian kelajuan oleh SpeedTest. Sejuk mata dan perut melihatnya


LIPUTAN


Kawasan liputan sangat luas kerana Tune Talk menggunakan liputan Celcom. Unifi Mobile pun kalah beb. Jadi pulang ke kampung tercinta ada liputan. Ini yang penting.


Waq ni kerja bersepah, masuk kampung, ceruk sungai mana. Tempoh hari waq telah mengunjungi Kampung Orang Asli Sungai Tiram ada 4G, naik ke rakit di Sungai Layang ada 4G, menyusur di Sungai Johor pun ada 4G. Mantop.


PENGALAMAN SENDIRI


Jujur sekali,


Setiap bulan, waq tidak habis pun menggunakan data ini. Penggunaan waq lebih serius di Aplikasi Social Media dan Chat. Lebih daripada 10GB Data Kelajuan Tinggi yang diberi. Jika dahulu di Celcom, hujung-hujung bulan sangkut kelajuan jadi perlahan disebabkan data 10GB telah habis. Tetapi di Tune Talk ada 2000GB. Waq manusia normal, guna hingga 30GB oleh sebab banyak menonton video di Facebook. Hack life lah, video motivasi lah, resepi lah. Namun, waq tidak menonton pautan wayang haram di FB. Sungguh.


Untuk video Youtube dan Netflix pun selalu tak habis, mungkin disebabkan kualiti capped pada 480p jadi data dioptimize. Setakat anak-anak tonton Didi, tonton satu wayang setiap hari lepas sangat. Harap maaf saluran video lain seperti Dailymotion dan Vevo tidak termasuk dan data ditolak daripada 10GB Data Kelajuan Tinggi ya


Anda boleh periksa penggunaan anda setiap hari melalui Aplikasi Tune Talk dan maklumat data akan ditunjukkan seperti ini. Tersusun dan mudah, orang OCD nescaya lega memandangnya.


RUMUSAN


Setakat ini, memang waq berpuas hati beralih dan menggunakan Tune Talk . Tidak menyesali tindakan itu.


Nak mudahkan tuan puan, kalau sukar nak cari ejen Tune Talk ini, berhubung lah terus dengan saya. Simple. Chat terus di ruangan chat di bawah dan beri saya nombor telegram anda ya.


Waq bikin satu perkumpulan telegram kita-kita, tapi janganlah cerita simkad hari-hari, kita borak benda lain misalnya aktiviti kemandirian diri, tips-tips survival perang, ketamadunan Lembah Indus, malah boleh juga berkongsi main game apa terciduk hari ini. Ikut tuan puan lah janji gembira, jangan gaduh-gaduh tak baik.


Sejahtera! Semoga diberkati kalian yang mulia!


Tinggalkan komen anda di bawah untuk melayakkan anda menerima kuota 30 simkad percuma daripada saya


Bersambung...

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Facebook

©2020 oleh waqjaisan

bottom of page